SA-MASMP.ONLINE
Syarat & Terma Rasmi

Terma Perkhidmatan & Perjanjian

Sila baca terma perkhidmatan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan hosting dan rekabentuk kami.

Mengenai SA-MASMP.ONLINE

SA-MASMP diasaskan daripada semangat komuniti permainan San Andreas Multiplayer (SA-MP). Kami memfokuskan perkhidmatan kepada pengguna kasual, komuniti pereka (designers), para peminat permainan video (gamers), dan sesiapa sahaja yang memerlukan penyelesaian hosting asas dan mudah.

Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan pelayan permainan, perkhidmatan reka bentuk grafik, dan penyelesaian infrastruktur berkaitan.

Penggunaan Disyorkan

  • Tujuan pembangunan, ujian (staging) dan percubaan.
  • Projek santai, hobi, dan komuniti kecil.
  • Pengguna sasaran di rantau Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, dll).
  • Penyimpanan fail perpustakaan cloud atau simpanan peribadi.

Penggunaan Tidak Disyorkan

  • Tujuan skala pengeluaran besar (large-scale production) atau sasaran antarabangsa.
  • Aplikasi kritikal yang memerlukan jaminan keselamatan/uptime gred enterprise.
  • Trafik melebihi purata 50 pengguna serentak (concurrent users). Sila hubungi kami untuk sebut harga pelayan khas.

Syarat Transaksi & Polisi Pemulangan (Refund)

Pembayaran Pendahuluan

Semua perkhidmatan memerlukan pembayaran penuh sebelum sebarang penyediaan pelayan atau tugasan reka bentuk dimulakan.

Polisi Tiada Pemulangan

Bayaran tidak boleh dikembalikan (non-refundable) melainkan pihak kami gagal menyerahkan pesanan seperti yang dipersetujui.

Penggunaan Domain Penting

Pelanggan dibenarkan dan digalakkan untuk menggunakan domain peribadi anda sendiri pada perkhidmatan kami.

Hak Penamatan Perkhidmatan

Kami berhak menghentikan atau membatalkan hosting serta-merta tanpa ganti rugi jika terbukti berlaku pelanggaran terma.

Peraturan Pengguna

  • • Dilarang sama sekali menggunakan pelayan untuk aktiviti haram atau salah di sisi undang-undang.
  • • Dilarang memuat naik, menjalankan skrip berbahaya, alat eksploitasi, atau malware.
  • • Sentiasa menjaga adab dan etika kesopanan semasa berurusan dengan pihak sokongan kami.

Keselamatan & Data

  • • Komitmen kami adalah memastikan kestabilan perkhidmatan jangka panjang untuk bertahun-tahun.
  • • Pengumuman rasmi akan dibuat sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan (downtime/penyelenggaraan).
  • • Penting: Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat salinan sandaran (backup) fail anda sendiri secara berkala.

Ada Sebarang Pertanyaan Seputar Perkhidmatan?

Sila hubungi saluran rasmi kami jika anda memerlukan pakej khas atau perbincangan lanjut.

Hubungi Pihak Kami